Sunday, 18 May 2014

Petua Kebahagiaan Suami Isteri

 Petua Kebahagiaan Suami Isteri

 Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Petua kebahagiaan dalam kehidupan rumahtangga mungkin salah satu daripada kata kunci yang ingin dicari di enjin carian google oleh pasangan suami isteri. Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat main atau diambil mudah jika pasangan tersebut benar-benar belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri. Maklumlah sekarang ini banyak berlakunya kes-kes perceraian rumahtangga. Ada yang baru 2, 3 bulan kahwin dah bercerai. Adoyaii.. Mudah-mudahan perkahwinan yang anda bina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Jadi artikel pada kali ini admin ingin kongsikan beberapa petua, tips dan pesanan oleh isteri kepada suami, setidak-tidaknya anda boleh lebih bersedia dalam mengharungi kehidupan rumahtangga yang penuh dengan cabaran. Silakan share jika ianya bermanfaat.

Wahai suami-suami sekalian,

1. Sentiasalah menghargai segala pengorbanan, usaha dan penat lelah isteri terutamanya bagi isteri yang turut bekerja mencari nafkah bersama-sama dalam menanggung hutang suami.

2. Apabila anda bercakap dengan isteri, lihatlah mukanya dan buka telinga puas-puas. Biar apa yang dikatakan olehnya dapat masuk ke telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Jadilah seorang pendengar yang baik. Terima informasi yang disampaikan isteri dengan penuh bijak dan prihatin.

3. Ingat, janganlah sekali-kali membandingkan masakan atau cara isteri menghiasi rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghiasi isteri anda itu lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Bagi pasangan yang telah memiliki anak, jagalah anak secara bersama-sama. Benih anak itu kan daripada suami juga. Jika isteri sedang makan dan ketika itu jugalah anak kecil menangis, apa salahnya anda menguruskan sekejap kencing berak anak anda.

5. Elakkan duduk tersandar di hadapan TV atau relaks-relaks macam maharaja sedangkan isteri baru pulang dari kerja, buka kasut terus masuk ke dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Pasti berbulu hati dan sayu hati isteri anda apabila semua kerja dia buat sampai tidak cukup kaki tangan sedangkan suami asik lepas tangan.

6. Sekiranya suami makan dahulu, jangan lah pula anda bedal semua lauk-pauk. Tinggalkanlah sedikit lauk untuk isteri. Ini tidak sudahlah badan suami bertambah saiz, melantak makanan sampai tak ingat. Yang tinggal cuma ekor ikan, ekor tauge dan kuah sahaja. Sure isteri anda ‘frust’ nanti.

7. Beritahu isteri anda terlebih dahulu jika sekiranya anda ingin membawa rakan kenalan datang ke rumah. Jadi tidaklah dia kelam-kabut untuk menyediakan makanan atau mengemas rumah. Kalau tak malu lah dia nanti kalau tetamu datang ke rumah anda dengan keadaan kain baju masih berlonggok-longgok belum dibasuh dilipat, permainan anak-anak masih berselerak dan sebagainya. Dan mungkin anda pun akan dapat tempias malu dari rakan-rakan anda.

8. Setakat mahu menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin montel atau semakin melidi tidak salah asalkan anda tidak menyindirnya secara berlebihan. Lihat dan cermin diri anda dahulu.

9. Sewaktu bercinta dengan isteri dahulu anda mungkin control atau cover-cover buat ni. Kentut. Ha ha.. jangan kentut di hadapan isteri. Buat malu jer..

10. Suami jangan berkira-kira atau kedekut dengan isteri dalam hal-hal keperluan rumahtangga. Sekali-sekala tolonglah membeli minyak masak, cili, bawang, lada atau apa sahaja keperluan memasak di dapur.

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun mungkin anda cuma main wayang bodek mereka cuma masa nak mengurat isteri anda dulu. Sentiasa merendahkan diri dan jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Isteri memang kurang gemar kalau suaminya mempunyai sikap pengotor dan bersepah-sepah. Dah buka baju tu letakkan lah di dalam bakul baju pengotor, dah cungkil gigi buanglah ke dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi tutupkanlah semula penutupnya, dah ambil sesuatu barang kenalah simpan balik ke tempat asal. Mudah bukan? Jadi kalau tak mahu isteri membebel, buat dan permudahkanlah perkara yang cukup senang dibuat itu.

13. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati olehnya. Dia pun manusia bukannya robot atau hamba abdi. Allah berikan anugerah isteri kepada anda banyak keistimewaannya dan sayangilah dia sepertimana anda menyayangi diri anda sendiri.

14. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda untuk melakukan kerja rumah atau menjaga anak. Jangan lah pula anda bertanya 2 tahun sekali aja. Sama lah juga jangan anda tunjuk skill rajin anda cuma apabila tetamu atau bapak mentua datang ke rumah anda.

15. Ini memang orang perempuan pantang dengar dan dapat tau suaminya ada bermain kayu tiga di luar. Apatah lagi kalau suaminya ‘bermain’ dengan perempuan lain. Cuba anda bayangkan kalau isteri anda pula ada hubungan dengan lelaki lain, sudah tentu anda juga tidak boleh menerimanya. Jadi hargailah hubungan rumahtangga anda.

16. Jika ada sebarang masalah, berbincanglah bersama-sama sebelum sesuatu keputusan dan tindakan dibuat. Biarpun suami megah ada kuasa veto itu tidak bermakna anda harus mengenepikan pandangan isteri. Pokok pangkalnya anda perlulah ada sikap timbang-rasa dan saling menghargai. Ketepikan rasa ego lelaki anda itu kerana bukan boleh dibawa ke mati pun.

17. Sewaktu hubungan anda dilanda badai, berusahalah untuk menyelamatkan atau mempertahankan keharmoniaan rumahtangga. Jangan buat perkara yang tidak disukai isteri. InsyaAllah jika suami berbuat baik kepada isteri, Allah akan gandakan kebaikan isteri kepada anda. Kunci Kebahagiaan Suami Isteri

18. Yang terakhir ni bab merajuk pulak. Kalau isteri anda berkecil hati atau merajuk, janganlah anda buat tak tahu sahaja. Kalau perlu minta maaf, anda mohon maaf dan kalau perlu pujuk, pujuklah dia secara baik. Hati dan perasaan wanita sememangnya sensitif kalau suami tidak ambil kisah. Ingat, perkara yang dipandang remeh oleh suami sebenarnya boleh menjadi barah kepada isteri. Wallahualam.

petua bahagia suami isteri

0 comments:

Post a Comment