PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2-
Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan
berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9-
Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan
dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis
edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10-
Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya
rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi
nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12-
Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia
luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit
dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18-
Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan
seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah
dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai
penghibur dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20-
Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi
beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21-
Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang
untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan
tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya
dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan
hubungan dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan
yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan
membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya."

Petua Rumahtangga Harmoni
(1) PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA

- See more at: http://umikasum.blogspot.com/2011/04/petua-rumahtangga-harmoni.html#sthash.At2U5UJB.dpuf